Home Buletin Semasa 8.8 JUTA INDIVIDU AKAN TERIMA BAYARAN STR FASA 4 HARI INI

8.8 JUTA INDIVIDU AKAN TERIMA BAYARAN STR FASA 4 HARI INI

471
0

PUTRAJAYA: Seramai 8.8 juta individu akan menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 bermula hari ini, lebih awal daripada jadual asal pada pertengahan bulan depan.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam, kenyataan pada Jumaat memaklumkan, sebanyak RM2 bilion diperuntukkan bagi pembayaran Fasa 4 dengan kadar antara RM100 hingga RM700 mengikut kategori.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan akan memastikan bantuan yang melibatkan agihan limpahan negara sampai kepada segenap lapisan rakyat dalam negara ini.

Beliau berharap, penyaluran Fasa 4 STR 2025 sedikit sebanyak dapat memberi kelegaan kewangan menjelang sambutan Deepavali.

Katanya, pembayaran Fasa 4 turut merangkumi 200,000 pemohon baharu yang diluluskan bagi STR 2025, dengan penyaluran kepada kumpulan ini dijadualkan bermula 13 November ini.

“Jumlah penerima keseluruhan juga meningkat 500,000 individu dan isi rumah berbanding 8.3 juta penerima pada Fasa 1 Januari lalu, hasil pelaksanaan dasar baharu kerajaan yang membenarkan permohonan serta rayuan STR dibuka sepanjang tahun.

“Kerajaan turut memaklumkan pendaftaran STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan dibuka sepanjang tahun bagi memastikan lebih ramai rakyat berpeluang menerima manfaat bantuan kerajaan.

Jelasnya, bagi penerima sedia ada, data mereka akan dibawa secara automatik ke dalam pangkalan data kerajaan bersama data daripada agensi-agensi berkaitan untuk semakan kelayakan STR dan SARA 2026 mengikut syarat yang ditetapkan.

“Pendekatan ini turut mengurangkan risiko keciciran dan memastikan bantuan terus sampai kepada golongan sasar,” ujar kenyataan itu.

“Semakan status pembayaran dan kelulusan STR boleh dibuat melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here