Home Buletin Semasa 515 MANGSA BANJIR DITEMPATKAN DI 10 PPS

515 MANGSA BANJIR DITEMPATKAN DI 10 PPS

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kira-kira 515 mangsa banjir daripada 143 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Menurut Sekreteriat Pengurusan Banjir, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pasir Mas, Kapten (PA) Mohd Arif Mohd Zain, berkata PPS SMK (A) Lati mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 175 orang daripada 44 keluarga.

“Sekarang ini trend air menaik. Paras air Sungai Golok 10.75meter berada di atas paras bahaya.

“Keadaan cuaca sekarang hujan renyai,”katanya dalam kenyataan.

Katanya manakala SK Bukit Jarum menempatkan 99 mangsa, diikuti PPS SMK Kangkong, 54, PPS SK Lati seramai 47 mangsa, PPS SMK Baroh Pial, 42, , PPS Gual Tok Deh, 36.

Manakala PPS Gual Tinggi menempatkan 33 mangsa banjir dan PPS SK Bukit Perah, 21 orang.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here