Home Buletin Semasa TPM  TINJAU PERKEMBANGAN BANJIR DI KELANTAN

TPM  TINJAU PERKEMBANGAN BANJIR DI KELANTAN

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Kelantan bagi meninjau perkembangan banjir di sini.

Beliau melawat Menara Tinjau Sungai Kelantan, Tambatan Diraja Kota Bharu diiringi Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassaruddin Daud pada jam 4.00 petang semalam.

Beliau dibawa meninjau keadaan paras air sungai di menara tinjau itu kira-kira 20 minit.

Sebelum itu Zahid juga berkesempatan mendengar taklimat daripada Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kelantan, Ir Ts Gs Dr Siti Fairus Zakaria selama 10 minit berkenaan situasi banjir di Kelantan.

Beliau meninggalkan perkarangan Tambatan Diraja pada jam 4.20 petang.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here