Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Hujan lebat masih membasahi bumi Kelantan sehingga jam 10.00 pagi ini.
Menurut portal https://publicinfobanjir.water.gov.my/ menunjukkan Sg. Melor di Jambatan Melor (F2), Bachok, Sg. Lanas di Air Lanas (F1) Jeli, Sg. Golok di Rantau Panjang (F1), Pasir Mas, Sg. Semerak di Pasir Puteh (F1), Pasir Puteh, Sg. Kelantan di Kg. Temangan (F1), Machang dan Sg. Galas di Dabong (F1), Kuala Krai berada pada tahap bahaya dan trend air menaik.
Manakala Sg. Kelantan di Kuala Krai (F1), Kuala Krai, berada pada tahap amaran, trend air menaik.
Sementara itu Sg. Kelantan di Kusial (F1), Tanah Merah, Sg. Galas di Limau Kasturi (F1), Gua Musang, Sg. Buaya Ikat di kg. Pulau Lima (F2), Pasir Puteh, Sg. Golok di Kiala Jambu (F1), Tumpat, Sg. Kelantan di Kusial Baru (F1), Tanah Merah dan Sg. Galas di Chegar Lapan, Kuala Krai berada pada tahap waspada.
IMedikel TV






