Home Luar Negara 400 MURID KERACUNAN MAKANAN SELEPAS JAMAH PROGRAM MAKANAN PERCUMA INDONESIA

400 MURID KERACUNAN MAKANAN SELEPAS JAMAH PROGRAM MAKANAN PERCUMA INDONESIA

240
0

JAKARTA: Hampir 400 murid alami keracunan makanan selepas menikmati Program Makanan Percuma Indonesia.

Program Makanan Percuma Indonesia yang dilancarkan Januari lalu adalah sebahagian daripada program utama Presiden Prabowo Subianto yang telah diperluas kepada lebih 15 juta penerima setakat ini.

Memetik laporan Reuters menerusi Berita Harian, sekurang-kurangnya 400 murid terdiri daripada pelajar prasekolah sehingga sekolah rendah disahkan mengalami keracunan makanan selepas menikmati makanan percuma di bawah program kerajaan di wilayah Bengkulu, Indonesia pada Khamis lalu.

Memetik Reuters, Timbalan Gabenor Bengkulu, Mian berkata, operasi dapur yang terlibat akan dihentikan sementara bagi membolehkan siasatan dijalankan.

“Saya amat menghargai Bupati Lebong, Azhari dan seluruh pasukan atas tindak balas pantas mereka dalam menangani hampir 400 kes yang diuruskan dengan sangat baik.

“Selepas ini, operasi dapur akan digantung sementara bagi membuka jalan kepada siasatan. Ini adalah bidang siasatan pasukan Badan Gizi Nasional (BGN) dan pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui pemberita pada Selasa.

Katanya lagi, tumpuan kerajaan tempatan adalah memastikan semua kanak-kanak yang terkesan cepat pulih dan sihat dan akan menangani perkara ini tanpa menuding jari.

Dalam pada itu, Mian juga berkata, pihaknya akan memastikan ibu bapa segera membawa anak mereka ke hospital.

Program Makanan Percuma Indonesia yang dilancarkan Januari lalu adalah sebahagian daripada program Prabowo yang telah diperluas kepada lebih 15 juta penerima setakat ini.

Namun, inisiatif itu tercemar dengan insiden keracunan makanan besar-besaran di seluruh kepulauan, membabitkan ratusan mangsa.

Bulan lalu, seramai 365 orang jatuh sakit selepas menikmati makanan percuma di sekolah di Jawa Tengah. Menurut laporan media tempatan, hasil makmal menunjukkan kejadian itu berpunca daripada masalah kebersihan. – REUTERS, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here