Home Buletin Semasa 22 PENYELAM BERJAYA PINDAHKAN 100 KILOGRAM PUKAT HANTU DI PERAIRAN TIOMAN

22 PENYELAM BERJAYA PINDAHKAN 100 KILOGRAM PUKAT HANTU DI PERAIRAN TIOMAN

26
0

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

ROMPIN: Lebih 100 kilogram (km) pukat hantu pelbagai saiz berjaya dipindahkan pada program Pembersihan Ghost Net dan Crown of Thorns Starfish (COTs) di Pulau Tokong Burung Besar, Rompin.

Program sempena sambutan World Ocean Week 2026 itu disertai 22 penyelam terdiri daripada kakitangan Jabatan Perikanan Pahang, Pasukan Polis Marin, Reef Check Malaysia, Tioman Marine Conservation Group (TMCG), pengusaha Selam Skuba dan Komuniti Pulau Tioman.

Pegawai Perikanan Cawangan Konservasi dan Perlindungan Perikanan, Jabatan Perikanan Pahang, Mohamad Anuar Roslan berkata, kali terakhir program memindahkan pukat hantu dilakukan tahun lalu di Pulau Tokong Burung Besar perairan Tioman.

Katanya, pemantauan dilakukan mendapati keadaan ekosistem terumbu karang di kawasan Pulau Tokong Burung Besar masih berada pada tahap yang baik. Jumlah pukat hantu yang ditemui masih lagi rendah dan populasi Crown-of-Thorns Starfish (COTs) juga berada dalam keadaan terkawal.

“Keadaan ini dipengaruhi kedudukan Pulau Tokong Burung Besar yang agak jauh dari Pulau Tioman, menjadikannya kurang menerima tekanan aktiviti pelancongan dan seterusnya membantu meminimumkan impak terhadap ekosistem terumbu karang.

“Dua selaman dilakukan kumpulan penyelam sekitar pulau dan kita berjaya memindahkan kira-kira 100km pukat hantu,” katanya.

Beliau menambah, kehadiran pukat hantu turut mengancam hidupan marin seperti penyu termasuk ikan yang tersangkut. Justeru, program memindahkan pukat hantu perlu dilakukan dari masa ke semasa.

Mohamad Anuar berkata, kesedaran nelayan tempatan membolehkan pukat hantu kini semakin berkurangan berbanding sebelum ini. Komuniti Pulau Tioman yang ada kini menjadi mata dan telinga pada Jabatan Perikanan dalam usaha mengawal aktiviti yang menyalahi undang-undang.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here