Home Luar Negara 157 IKAN LUMBA-LUMBA TERDAMPAR, 21 SUDAH MATI

157 IKAN LUMBA-LUMBA TERDAMPAR, 21 SUDAH MATI

SYDNEY: Sekumpulan 157 ikan lumba-lumba ditemui terdampar di pantai terpencil di pulau selatan Tasmania, Australia, pada Rabu kata pegawai alam sekitar ketika pakar veterinar bergegas ke lokasi kejadian.

Jabatan Alam Sekitar Tasmania berkata, sebanyak 21 ekor ikan lumba-lumba yang terdampar sudah mati, manakala 136 lagi masih hidup setakat pagi Rabu.

“Kumpulan itu dipercayai dari spesies ikan lumba-lumba besar yang dikenali sebagai ikan paus pembunuh palsu, kata pegawai, dinamakan demikian kerana bentuk tengkorak yang mirip dengan orca.

Ikan lumba-lumba itu terdampar di pantai berhampiran teluk Sungai Arthur di pantai barat Tasmania, kawasan yang jarang penduduk dan terkenal dengan pantainya yang terdedah kepada angin.

“Respons terhadap kejadian terdampar di kawasan ini adalah rumit disebabkan kesukaran untuk mengakses lokasi, keadaan laut dan cabaran untuk membawa peralatan khas ke kawasan terpencil,” kata jabatan alam sekitar dalam satu kenyataan.

Sekumpulan pakar penyelamat hidupan liar dan veterinar sudah dihantar untuk menilai keadaan ikan lumba-lumba itu.

Ikan paus pembunuh palsu boleh mencapai panjang sehingga enam meter (20 kaki) dan dikenali sebagai spesies yang sangat sosial yang biasanya berada dalam kumpulan yang mempunyai 50 atau lebih.

Haiwan ini sering terbabit dalam kejadian terdampar secara besar-besaran yang boleh ‘menghapuskan seluruh kumpulan yang biasanya membabitkan ratusan ekor haiwan,” menurut Muzium Australia. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here