Home Luar Negara 15 MAUT, 25 CEDERA KUMPULAN MILITAN SERANG PANGKALAN TENTERA DI BARAT LAUT...

15 MAUT, 25 CEDERA KUMPULAN MILITAN SERANG PANGKALAN TENTERA DI BARAT LAUT PAKISTAN

335
0

KARACHI: Kumpulan militan yang disyaki menyerang kawasan pangkalan tentera di barat laut Pakistan membunuh sekurang-kurangnya 15 orang dan mencederakan 25 yang lain, menurut pegawai keselamatan dan kesihatan.

Insiden itu, yang terbaru dalam rentetan serangan serupa berlaku di Bannu di barat laut wilayah Khyber Phaktunkhwa, apabila kumpulan militan bersenjata lengkap merempuh dua kenderaan sarat dengan bahan letupan ke dinding luar kawasan itu selepas dipintas oleh anggota keselamatan.

Letupan berkenaan menyebabkan bumbung beberapa rumah berdekatan runtuh, mengorbankan sekurang-kurangnya 15 orang awam, kata seorang pegawai tentera kepada Anadolu, meminta untuk namanya tidak disiarkan.

“Enam penyerang turut terbunuh, manakala beberapa lagi dikepung ke sebahagian kawasan,” tambahnya.

Jurucakap hospital daerah Bannu, Dr Nauman Ahmed memberitahu pemberita mereka yang terkorban terdiri empat wanita dan dua kanak-kanak.

Selain itu, katanya, keadaan beberapa orang yang cedera adalah di tahap kritikal.

Tiada kumpulan setakat ini mengaku bertanggungjawab ke atas serangan berkenaan, tetapi kumpulan militan yang bergabung dengan Tehreek-Taliban Pakistan atau TTP sudah lama menyerang anggota keselamatan Pakistan.

Dengan sekurang-kurangnya 685 kematian dalam 444 serangan pengganas, 2024 menjadi salah satu tempoh paling mencabar bagi pasukan keselamatan Pakistan sejak dua dekad lalu. – AGENSI, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here