Home Luar Negara 13 MANGSA CULIK DITEMUKAN MATI DI PERU – KEMENTERIAN DALAM NEGERI

13 MANGSA CULIK DITEMUKAN MATI DI PERU – KEMENTERIAN DALAM NEGERI

290
0

MEXICO CITY: Seramai 13 individu yang diculik di utara Peru pada 26 April lalu ditemukan mati beberapa hari selepas insiden itu, lapor agensi berita Jerman dpa.

Memetik laporan Bernama-dpa menerusi Berita Harian, kementerian Dalam Negeri Peru pada Ahad mengesahkan bahawa kesemua mangsa yang merupakan pelombong dan pengawal keselamatan di sebuah lombong emas di wilayah pergunungan Pataz ditemukan dalam keadaan diikat di dalam sebuah lubang.

Syarikat perlombongan, Poderosa memaklumkan bahawa kesemua mangsa bekerja dengan syarikat kontraktor dan telah diculik sekumpulan pelombong haram yang mempunyai kaitan dengan kumpulan jenayah, dipercayai cuba merampas kawalan ke atas lombong emas itu.

Wilayah La Libertad, berada di bawah perintah darurat sejak lebih setahun lalu susulan keganasan dan tahap keselamatan yang membimbangkan.

Kementerian Dalam Negeri memaklumkan bahawa pasukan khas elit anti jenayah terancang serta unit siasatan penculikan dan pemerasan akan digerakkan ke lokasi kejadian bersama beberapa agensi penguatkuasaan lain. – BERNAMA-dpa, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here