Home Buletin Semasa KES BULI DI GIATMARA BABITKAN PELAJAR OKU

KES BULI DI GIATMARA BABITKAN PELAJAR OKU

326
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Baru-baru ini tular satu video menceritakan seorang pelajar lelaki kategori Orang Kurang Upaya (OKU) menjadi mangsa buli di sebuah GiatMARA Durian Tunggal, Melaka.

Rakaman video berdurasi 1 minit 56 saat itu dimuatnaik pengguna TikTok @masdo21 di gelanggang badminton setelah diberitahu oleh pelajar OKU itu mengenai dirinya di buli.

Dalam rakaman video tersebut rakan mangsa yang dikenali Masdo menceritakan kejadian buli tersebut.

Menurutnya, kesemua pembuli itu bersifat pengecut kerana kes tersebut melibatkan pelajar OKU.

Malah, menurutnya dia berharap ada tindakan yang sewajarnya diambil kepada pembuli.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengambil maklum akan kes terbabit.

Malah katanya, pihak pengurusan GiatMARA akan memanggil dan berjumpa kesemua individu yang terlibat termasuk mangsa buli untuk disiasat secara lebih terperinci mengikut prosedur pengurusan yang sedia ada, hari ini.

“Berdasarkan siasatan awal, kejadian tersebut adalah gurauan kasar sesama pelatih semasa menjalani latihan di GiatMARA Alor Gajah dahulu.

“Kini mereka sedang menjalani Latihan Industri (LI) dalam Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam.

Asyraf menerusi Facebook menjelaskan, bagaimanapun tindakan tersebut disifatkan sebagai pembulian meskipun bukan dalam bentuk fizikal namun ia melibatkan mental.

“Saya memberi jaminan tindakan tegas pasti akan diambil sekiranya perbuatan itu benar berlaku.

“MARA tidak akan ada berkompromi terhadap sesiapa yang melakukan perbuatan membuli dalam apa jua bentuk sama ada fizikal atau mental.

“Saya tegaskan sekali lagi tidak ada tempat kepada pembuli di mana-mana Institusi Pendidikan MARA (IPMA) termasuk Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), GiatMARA, Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej MARA, dan Kolej Profesional MARA (KPM),” katanya.

Jelasnya, pengurusan MARA di semua peringkat serta IPMA memahami prinsip beliau terhadap isu berkenaan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here