Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
Pengambilan buah-buahan tertentu secara konsisten mampu membantu mengurangkan simptom resdung (sinusitis) yang sering mengganggu kehidupan harian penghidapnya.
Menurut portal hellodoktor resdung adalah keadaan di mana lapisan membran pada rongga udara di dalam tengkorak mengalami keradangan. Rongga ini dinamakan sebagai sinus. Sebab itu, nama lain bagi resdung adalah sinusitis.
Antara buah-buahan yang disarankan termasuk pisang, epal, nanas, kiwi, mangga, dan strawberi yang kaya dengan vitamin C, antioksidan, dan enzim semula jadi yang membantu mengurangkan keradangan serta meningkatkan sistem imun tubuh.
Pisang kaya dengan kalium yang membantu menjaga kesimbangan cairan dalam tubuh dan dapat meringankan gejala hidung tersumbat.
Epal pula membantu tubuh mengatasi peradangan dan meingkatkan system kekebalan tubuh.
Manakala nanas mengandungi bromelain enzim yang dapat membantu mengurangi keradangan dan meningkatkan drainase sinus.
Kiwi pula kaya dengan vitamin C dan atioksidan yang dapat memperkuat system imun dan membantu mengurangi gejala keradangan di sinus.
Buah mangga juga menjadi buah terbaik untuk mengurangkan gejala resdung. Ini kerana mangga mengandungi vitamin A yang penting untuk keishatan system pernafasan dan dapat membantu memperbaiki infaksi sinus.
Strawberi mempunyai vitamin C dan flavonoid yang memiliki kesan anti-inflamasi dan boleh membantu meringankan gejala sinus.
IMedikel TV






