Home Buletin Semasa YWM JADI AGENSI PUSAT UNTUK KEBERKESANAN PELAN INDUK WAKAF NASIONAL

YWM JADI AGENSI PUSAT UNTUK KEBERKESANAN PELAN INDUK WAKAF NASIONAL

284
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

SHAH ALAM: Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) akan dijadikan sebagai agensi pusat untuk menyatukan dana wakaf di peringkat Persekutuan, sektor korporat dan perbankan Islam seluruh Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, menerusi pelaksanaan tersebut, Pelaksanaan Pelan Induk Wakaf Nasional 2025 – 2030 dan akan diperkemas untuk dilancarkan pada tahun hadapan.

“Ini bukan sahaja bermanfaat kepada pembangunan wakaf, tetapi turut memberi manfaat kepada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) yang merupakan pemegang amanah tunggal harta wakaf di Malaysia.

“Instrumen wakaf memainkan peranan yang penting dalam pengagihan semula kekayaan dalam kalangan masyarakat. Wakaf ekonomi yang bersifat komersil menjadi fokus utama YWM dalam pembangunan wakaf, agar dapat menghasilkan pulangan yang akhirnya akan dikembalikan kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, hasil daripada wakaf ekonomi akan digunakan bagi pembiayaan aktiviti sosial dan ekonomi masyarakat.

Jelasnya, kira-kira 21 agensi dan syarikat korporat telah menjadi rakan strategik YWM bagi penyediaan platform pewakafan, perkhidmatan teknologi maklumat, perkongsian kepakaran dan pembangunan projek wakaf.

“Antara aset komersil wakaf yang diuruskan oleh YWM dan anak-anak syarikatnya adalah tiga buah hotel wakaf iaitu di Terengganu, Melaka dan Perak serta 19 rumah kedai di Selangor, Johor, Melaka dan Kedah,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YWM berkata, seiring dengan ulang tahun ke 16 YWM pada selasa, YWM dengan penuh iltizam akan terus mengorak langkah memperkasakan wakaf secara global selaras agenda nasional iaitu wakaf menyumbang 10% kepada pengembangan sektor kewangan Islam menjelang tahun 2030.

“Menerusi majlis ini juga, Permodalan BSN Berhad (PBSN) telah menyerahkan dana wakaf sebanyak RM375,000 yang merupakan hasil daripada 50% dividen produk pelaburan BSN Wakaf Al-Ikhlas kerjasama antara YWM dan PBSN.

“Selain itu, sebanyak RM1.04 juta dana wakaf telah disumbangkan oleh Sahabat Wakaf Korporat YWM, yang ingin turut bersama-sama mendokong aspirasi wakaf Malaysia,” katanya.

Tambah beliau, Kenanga Investors Berhad selaku pengurus dana yang dilantik bagi kedua-dua dana ini turut memaklumkan potensi pengisytiharan dividen sebanyak 0.14 sen seunit bagi dana Kenanga Waqf Al-Ihsan dan 0.15 sen untuk dana Kenanga Sustainability Series: Emergency Waqf Musa’adah bagi tahun kewangan 2024.

Menerusi Tabung Musa’adah Misi Bantuan Kemanusiaan Rakyat Palestin di bawah Tabung Musa’adah JAKIM-YWM, sebanyak RM12.8 juta telah diterima.

“Daripada jumlah tersebut, RM4 juta diagihkan kepada empat agensi yang menjadikan masing-masing menerima RM1 juta, dan baki akan digunakan bagi pembangunan Bandar Gaza yang akan diselaraskan oleh YWM,” katanya.

IMedikelTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here