Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Bertemakan pakaian klasik ketika mengunjungi Pasar Che Siti membangkit nostalgia ketika zaman nenek moyang kita terdahulu.
Bukan sahaja cara pemakaian pengunjung malah para peniaga juga memakai busana klasik malah mereka menghiasi gerai bertemakan klasik.

Seorang pengunjung Nur Amalin Aishah Ahmad Norzaki, 21, dari Kota Bharu, berkata dia bersama dua orang rakannya ke pasar tersebut dengan memakai baju kurung kedah dan berkain batik.
“Seronok sangat datang ke sini sebab saya boleh lihat ramai pengunjung datang ke sini memakai baju tradisional. Jadi kami bertiga memilih untuk berkain batik dan memakai baju kurung kedai bertepatan dengan tema.
“Suasana pasar macam zaman dahulu. Peniaga pula menjual makanan dan minuman macam orang dahulu. Sangat berbeza dengan pasar yang ada,”katanya.

Nur Amalin berkata dia mengetahui berkenaan pasar tersebut melalui media sosial iaitu Tiktok.
Pasar Che Siti bertemakan pakaian klasik memang memiliki daya tarikan tersendiri bagi pecinta dan penggemar gaya tradisional.






