Home Buletin Semasa YAYASAN TM PUPUK KESEDARAN KOMUNITI HADAPI BANJIR

YAYASAN TM PUPUK KESEDARAN KOMUNITI HADAPI BANJIR

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

RANTAU PANJANG: Selain melatih sukarelawan bagi persediaan menghadapi bencana banjir, pihak Yayasan Telekom Malaysia turut melibatkan golongan komuniti termasuk kanak-kanak di peringkat sekolah di negeri ini bagi kesiapsiagaan menghadapi bencana banjir. 

Ketua Komuniti dan Pembangunan Negara Yayasan Telekom Malaysia, Noorul Syifa Mohd Isa, berkata rata-rata penduduk sudah mengetahui dan sedar akan pentingnya pengetahuan dan kemahiran namun kesedaran ini perlu dipupuk lagi dari masa ke semasa.

“Kami di Yayasan TM giat menjalankan kesiapsiagaan bencana kerana kami percaya komuniti perlu diberitahu dan diberi latihan dan pengetahuan tentang pengurusan bencana.

“Pengurusan bencana yang efektif dapat dapat mengurangkan risiko bencana daripada mnejadi lebih teruk,” katanya kepada pemberita pada Program Latihan Kesiapsiagaan Bencana Dalam Kalangan Komuniti, di Sekolah Kebangsaan Gual Periok, di sini, pada Sabtu.

Selain itu, pihaknya juga mewujudkan tabung inovasi bantuan bencana sebagai satu elemen jangka panjang kepada penduduk kampung.

Dengan inisiatif tersebut, mereka yang terjejas mempunyai dana yang mencukupi sebagai bekalan apabila berlakunya bencana.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here