Home Sukan WOLVES AKHIRNYA TEMUI RENTAK KEMENANGAN

WOLVES AKHIRNYA TEMUI RENTAK KEMENANGAN

164
0

WOLVERHAMPTON: Gol terpantas dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL) oleh Pablo Sarabia memberi kemenangan yang dinanti-nantikan buat Wolverhampton Wanderers yang berjaya menewaskan Southampton 2-0 awal pagi tadi untuk keluar dari kedudukan tercorot.

Tuan rumah meraikan bukan sahaja kemenangan tetapi juga rekod tanpa bolos pertama mereka musim ini, manakala untuk Southampton, mereka terus dibelenggu kegagalan.

Saints terus gagal mencatatkan kemenangan di tempat lawan dan mengalami sembilan kekalahan dalam 11 perlawanan pertama mereka.

Wolves naik ke tangga ke-18 dengan enam mata, sementara Southampton kekal di tangga tercorot dengan empat mata.

Walaupun menguasai penguasaan bola sepanjang sebahagian besar perlawanan, Southampton gagal bertahan dengan serangan Wolves.

Yang pertama datang pada minit kedua apabila Matheus Cunha mengambil bola di bahagian tengah dan melakukan hantaran kepada Sarabia, yang kemudiannya melepasi penjaga gol England, Aaron Ramsdale dan dengan tenang menyempurnakan gol.

Saints berusaha mencari gol penyamaan. Usaha mereka gagal apabila VAR menolak jaringan Ryan Manning.

Kelemahan pada awal separuh masa kedua memberi peluang kepada Wolves untuk mengesahkan kemenangan apabila Cunha melepaskan sepakan padu untuk meraih tiga mata penuh.

Pengurus Wolves, Gary O’Neil, mengakui gembira dengan keputusan itu. “Ia bukan mudah; memang ia tidak akan pernah mudah. Southampton adalah ujian dan mereka mempunyai banyak cara bermain dengan bentuk permainan yang berbeza,” katanya.

“Terdapat banyak perkara yang patut dibanggakan, bangga dengan apa yang dicapai oleh pemain kerana ia adalah perlawanan yang sukar.

“Di laman sendiri, menentang pasukan yang baru dipromosikan, kedua-dua pasukan berada di bahagian tercorot dan kami belum menang lagi. Suasana agak tegang dan ia mudah untuk bermain selamat, tetapi mereka tidak berbuat demikian. Mereka penuh dengan tenaga,” katanya. – REUTERS, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here