Home Hiburan WATAK HAYATI DALAM FILEM BABAH BAWA CRISTINA RANGKUL TROFI DI KEMBOJA

WATAK HAYATI DALAM FILEM BABAH BAWA CRISTINA RANGKUL TROFI DI KEMBOJA

KUALA LUMPUR: Pelakon, Cristina Suzanne mencipta sejarah manis apabila berjaya merangkul trofi Anugerah Pelakon Paling Popular Asia pada Festival Filem Asia Kemboja Ketiga di Phnom Penh, Kemboja.

Memetik laporan Harian Metro, Cristina berkata, kemenangan itu hasil lakonannya sebagai watak Hayati dalam filem Babah. Justeru, Cristina mendedikasikan kejayaan itu kepada seluruh anggota produksi filem berkenaan dan peminat yang menyokong karier seninya.

“Anugerah ini saya tujukan khas buat keluarga Babah. Saya bawa pulang kemenangan ini untuk Malaysiaku. Alhamdulillah,” katanya dalam hantaran di Instagram.

Pada malam anugerah berprestij itu, Cristina turut mencuri perhatian apabila tampil anggun dengan persalinan menawan.

Hantaran dikongsi Cristina dibanjiri ucapan tahniah dan rasa bangga peminat termasuk teman seperjuangan.

Filem Babah arahan Mohd Shah Faizul Ibrahim dianggap naskhah sarat emosi yang mengetengahkan kisah kekeluargaan, kasih sayang dan pengorbanan seorang bapa.

Filem yang ditayangkan tahun lalu itu turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Qi Razali, Sweet Qismina, Adam Lee dan Kis Aisha. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here