Home Segmen Kesihatan WASAPADA 8 TANDA BAHAYA PEMBUANGAN AIR BESAR

WASAPADA 8 TANDA BAHAYA PEMBUANGAN AIR BESAR

302
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Kekerapan membuang air besar adalah berbeza-beza bagi setiap individu. Ada yang mengalami 1 hari sekali ataupun 2 hari sekali.

Ada individu yang mempunyai kekerapan membuang air bessar yang tinggi sehingga berkali-kali dalam sehari, tetapi ada juga yang mungkin membuang air besar sekali dalam sehari atau sekali bagi setiap dua hari.

Untuk makluman anda,kekerapan membuang air besar yang sihat boleh berlaku antara tiga kali sehari hingga tiga kali seminggu. Puratanya adalah 3 hingga 4 kali dalam seminggu.

Untuk pengetahuan anda, sebenarnya tidak terdapat bilangan khusus atau tepat untuk menentukan jika seseorang itu membuang air secara normal. Ia bergantung kepada setiap individu.

Sesetengah kajian berpendapat, jika anda membuang air besar tiga kali dalam sehari atau seminggu, ia masih dianggap normal. Kebanyakan individu mempunyai corak pembuangan air besar yang sama iaitu bilangan dan waktu yang sama setiap hari. 

Kadangkala, bukanlah kekerapan membuang air tersebut yang menentukan tahap kesihatan seseorang, tetapi konsistensi najis seseorang yang lebih banyak memberi petunjuk.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kekerapan anda buang air besar. Antaranya: 

  • Pengambilan air
  • Umur
  • Aktiviti yang dilakukan
  • Diet atau jenis pemakanan
  • Sejarah perubatan
  • Penyakit kronik
  • Hormon
  • Faktor sosial atau persekitaran

Bagaimanapun, terdapat beberapa isu atau perkara yang perlu anda perhatikan dan berjumpa dengan doktor bagi memastikan tahap kesihatan anda yang berkaitan pembuangan air besar.

Antara simptom-simptom yang perlu diberi perhatian adalah:

  • Darah dalam najis. Berjumpa dengan doktor sekiranya anda mendapati sebarang kesan darah yang berwarna merah atau hitam
  • Najis berwarna hitam
  • Muntah darah. Berjumpa dengan doktor sekiranya anda muntah darah
  • Tidak berak lebih daripada tiga hari
  • Kesakitan badan yang teruk
  • Kehilangan berat badan beserta cirit-birit
  • Sering mengalami masalah sembelit
  • Kerap cirit-birit dengan najis yang cair

IMedikelTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here