Home Buletin Semasa DUDUK KERUSI DEPAN UNTUK ELAK MABUK PERJALANAN

DUDUK KERUSI DEPAN UNTUK ELAK MABUK PERJALANAN

152
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Mabuk perjalanan adalah gejala pening dan mual ketika seseorang berada di dalam kenderaan yang bergerak.

Tidak kiralah sama ada perjalanan menaiki kereta mahupun bot atau kapal terbang.

Rasa loya dan pening itu sering dialami ketika pergerakan kenderaan berlaku dikenali sebagai ‘motion sickness’ atau mabuk perjalanan.

Bagaimanapun, mabuk perjalanan bukanlah sesuatu perkara yang perlu dibimbangkan kerana ia adalah perkara biasa yang sering berlaku khususnya dalam kalangan kanak-kanak.

Namun, orang dewasa juga cenderung untuk mabuk perjalanan sekiranya mereka sedang hamil atau migrain.

Antara simptom yang berlaku adalah ketidakseimbangan, muntah atau loya, pening, berpeluh dan keletihan.

Oleh itu, bagi mengatasinya daripada berlaku, kita boleh mengikuti beberapa tips ini.

1. Duduk di kerusi hadapan

Sekiranya sering mengalami situasi sedemikian, kitab oleh cuba untuk duduk di kerusi hadapan dan belajar menikmati pemandangan sekeliling.

2. Minum halia

Sebelum perjalanan dimulakan, kita boleh cuba menikmati secawan minuman halia.

3. Banyak minum air kosong

Memastikan badan sentiasa hidrasi agar dapat membantu mengurangkan mabuk perjalanan.

4. Elak makanan berminyak

Kesemua makanan berminyak bukan hanya menyelerakan tetapi dapat membantu mengekalkan rasa kenyang dalam tempoh yang lama. Namun, sekiranya kita seorang yang mudah pening dan berasa loya, elakkan pengambilannya.

5. Dengar muzik

Dengan mendengar muzik atau lagu, kita dapat menghilangkan ‘fokus’ terhadap rasa pening dan loya.

6. Elak membaca

Elakkan membaca dan bermain telefon di dalam kenderaan yang bergerak untuk mengelakkan rasa pening.

IMedikelTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here