Home Segmen Kesihatan ELAK JETLAG DENGAN CARA YANG BETUL

ELAK JETLAG DENGAN CARA YANG BETUL

130
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Perjalanan yang jauh bukan sahaja memenatkan tetapi membuatkan badan berasa lemah dan lesu.

Justeru, sudah tentu ramai yang mengalaminya apabila ingin tiba di destinasi yang dituju.

Hal ini sering diperkatakan orang ramai bahawa mereka mengalami ‘Jetlag’.

Situasi ini lebih kepada mereka yang mengalami penerbangan jarak jauh.

Jetlag adalah suatu keadaan gangguan tidur sementara yang berlaku apabila jam dalaman badan terganggu oleh perjalanan melintasi beberapa zon masa dengan cepat.

Namun, ia secara umumnya bersifat sementara dan bukan perkara yang membahayakan.

SITUASI SESEORANG YANG MENGALAMI JETLAG BIASANYA MELIBATKAN GEJALA-GEJALA SEPERTI:

1. Kelelahan: Rasa lelah yang berlebihan meskipun setelah tidur.

2. Kesulitan tidur: Insomnia atau tidur yang tidak nyenyak pada waktu malam dan merasa mengantuk di siang hari.

3. Gangguan pencernaan: Perubahan pola makan dan masalah pencernaan seperti sembelit.

4. Kesukaran untuk fokus: Memori terganggu, dan sukar untuk berpikir.

5. Perubahan mood: Perubahan emosi secara mendadak.

6. Gangguan fizikal: Sakit kepala, pening selepas mendarat.

Bagaimanapun, individu tersebut boleh merancang untuk mengatasi jetlag sebelum, semasa dan selepas memulakan perjalanan.

CARA MENGATASI JETLAG:

1.Penyesuaian waktu sebelum bertolak: susun jadual waktu untuk tidur sebelum bertolak dan tidur dengan cukup.

2.Duduk dalam keadaan hidrasi: Sentiasa minum air selama penerbangan dan elakkan minum alkohol serta kafein yang dapat menyebabkan dehidrasi.

3.Habiskan masa di luar: Selepas mendarat, keluar dari rumah untuk mendapatkan cahaya semulajadi yang akan membantu badan untuk masuk ke dalam rutin yang baru.

4.Senaman statik: Berdiri dan bergerak secara berkala, lakukan senaman statik, dan regangkan otot di dalam kapal terbang. Walau bagaimanapun, selepas perjalanan, elakkan senaman berat hampir dengan waktu tidur kerana ia boleh melewatkan waktu tidur.

IMedikelTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here