Home Buletin Semasa WARGA EMAS DITEMUI MENINGGAL DUNIA DI SAWAH

WARGA EMAS DITEMUI MENINGGAL DUNIA DI SAWAH

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TUMPAT: Seorang lelaki warga emas berusia 88 tahun ditemukan meninggal dunia di kawasan sawah padi di Kampung Bendang Luas, Chabang Empat awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 12.49 tengah malam.

“Pemeriksaan awal di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Tumpat untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian mangsa adalah Coronary Artery Disease (penyakit arteri koronari) dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kejadian itu kerana boleh mengganggu siasatan serta menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat di talian 09-725 7222 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here