Home Buletin Semasa WARGA EMAS MAUT BERTEMBUNG MPV DI GUA MUSANG

WARGA EMAS MAUT BERTEMBUNG MPV DI GUA MUSANG

173
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

GUA MUSANG: Seorang lelaki warga emas maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 7 Jalan Gua Musang-Jeli, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo dalam kenyataan hari ini memaklumkan, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku sekitar jam 6.45 pagi apabila kereta Proton Iswara yang dipandu mangsa dari arah Gua Musang menuju ke Sungai Terah bertembung dengan sebuah MPV Toyota Unser dipandu seorang lelaki berumur 26 tahun.

“Akibat daripada pelanggaran tersebut kedua-dua pemandu di bawa ke Hospital Gua Musang untuk menerima rawatan awal.

“Bagaimanapun pemandu Proton Iswara itu disahkan meninggal dunia pada jam 8.16 pagi ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan hospital berkenaan. Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik untuk proses bedah siasat,”katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian, manakala siasatan lanjut masih dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang di talian 09-912 1222 bagi membantu siasatan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here