Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
BACHOK: Seorang lelaki warga emas ditemui meninggal dunia di dalam sebuah rumah yang berkunci di Kampung Pauh Lima, di sini, hari ini.
Pegawai Bomba Kanan II, Khairul Faiz Ariffin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS999 pada jam 10.53 pagi memaklumkan mengenai insiden rumah terkunci sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok bergegas ke lokasi.
“Setibanya pasukan keluaran operasi BBP Bachok di lokasi, didapati benar terdapat sebuah rumah dalam keadaan terkunci dan seorang lelaki warga emas ditemukan sudah meninggal dunia di dalam rumah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Menurutnya, operasi melibatkan lapan anggota dengan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT).
IMedikel TV






