Home Luar Negara WANITA WARISKAN HARTA RM13 JUTA KEPADA KUCING, ANJING

WANITA WARISKAN HARTA RM13 JUTA KEPADA KUCING, ANJING

173
0

BEIJING: Warga emas wanita di China sanggup mewariskan hartanya bernilai 20 juta yuan (RM13.32 juta) kepada kucing dan anjingnya berbanding darah dagingnya sendiri.

Wanita itu, bernama Liu, dari Shanghai berkata, dia membuat surat wasiat beberapa tahun lalu dengan meninggalkan tiga anaknya wang dan harta.ds by 

Namun katanya, dia berubah fikiran kerana zuriatnya itu tidak menjenguknya atau menjaganya ketika sakit, malah jarang menghubunginya.

“Hanya kucing dan anjing peliharaan setia bersama saya,” katanya memetik laporan Zonglan News.

Katanya, dia menukar wasiatnya dan menegaskan semua wangnya mesti digunakan untuk menjaga kebajikan haiwan peliharaannya dan mana-mana anak haiwan itu, selepas dia meninggal dunia.

Sebuah klinik veterinar tempatan dilantik sebagai pentadbir harta pusakanya dan bertanggungjawab untuk menjaga haiwan itu.

Sementara itu, pegawai dari ibu pejabat Pusat Pendaftaran Wasiat di Beijing, Chen Kai berkata, walaupun Liu mahu menyerahkan semua hartanya terus kepada haiwan peliharaannya, wasiat itu tidak sah di China.

“Tetapi ada alternatif untuk menyelesaikan isu ini.

“Permintaan semasa Liu adalah satu cara, dan kami akan menasihatinya untuk melantik orang yang dipercayainya untuk menyelia klinik doktor haiwan bagi memastikan haiwan peliharaan itu dijaga dengan baik,” katanya.

Seorang lagi pegawai dari Pusat Pendaftaran Wasiat China cawangan timur China berkata, mereka memaklumkan Liu mengenai risiko meletakkan semua hartanya di tangan klinik haiwan itu, sebelum dia membuat wasiat terakhirnya.

“Kami memberitahu Liu jika anak-anaknya mengubah sikap mereka terhadapnya, dia masih boleh mengubah permintaannya lagi,” kata pegawai itu.

Kisah Liu turut mencetuskan perbincangan dalam talian mengenai harta pusaka keluarga.

Pada Disember tahun lalu, mahkamah di Shanghai memutuskan wasiat seorang lelaki yang meninggalkan semua asetnya bernilai 3.3 juta yuan (RM2.2 juta) kepada pemilik gerai buah-buahan yang baik hati dan bukannya saudara-maranya sah, selepas mereka mencabar wasiat itu di mahkamah. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here