Home Luar Negara AKTIVIS SIMBAH SUP LABU KE ARAH LUKISAN MONA LISA

AKTIVIS SIMBAH SUP LABU KE ARAH LUKISAN MONA LISA

PARIS: Dua penunjuk perasaan membaling sup labu ke arah lukisan terkenal dunia, Mona Lisa di Muzium Louvre Paris, Perancis, pagi semalam.

Tindakan itu dibuat ketika petani Perancis membuat bantahan di seluruh negara bagi menuntut harga lebih tinggi, cukai lebih rendah dan peraturan lebih longgar.

Pejabat pendakwa raya Paris mengesahkan penahanan kedua-dua aktivis terbabit atas dakwaan vandalisme terhadap karya terkenal Leonardo da Vinci itu.

Menteri Kebudayaan Rachida Dati mengkritik serangan berkenaan.

“Mona Lisa sebagai warisan kami adalah milik generasi akan datang.

“Tiada sebab yang boleh menyasarkannya,” tulisnya di X.

Sementara itu, Muzium Louvre berkata, wanita itu menyembunyikan sup labu dalam termos kopi.

“Karya seni itu tiada kerosakan dan bilik yang menempatkan karya agung itu dibuka semula kepada orang ramai selepas ditutup kira-kira sejam,” katanya.

Dalam pada itu, sebuah kumpulan, Riposte Alimentaire mengaku bertanggungjawab atas kelakuan itu.

Mereka berkata, balingan sup itu menandakan permulaan kempen penentangan awam dengan tuntuan jelas, sekuriti sosial makanan mampan.

Mereka merujuk kepada tinjauan Ipsos ke atas 996 individu tahun lalu yang mendapati, satu daripada tiga orang Perancis tidak selalu mampu membeli makanan sihat mencukupi untuk tiga kali makan sehari.

Ahli Till Van Elst berkata, kumpulan itu mahu negeri membenarkan orang ramai membeli barangan makanan terpilih pada kadar lebih rendah melalui kad keselamatan sosial khusus.

Di bawah skim itu, perhimpunan demokrasi akan memilih makanan untuk disubsidi.

“Kami mahu rakyat boleh menetapkan apa yang ada dalam pinggan mereka,” katanya kepada AFP.

Aksi di muzium itu menuruti siri aksi aktivis iklim terhadap lukisan terkenal dunia untuk menuntut lebih banyak tindakan dalam menghapuskan bahan api fosil dan mencegah pemanasan global. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here