Home Luar Negara WAKIL AS, ISRAEL BERTEMU BINCANG ‘PERALIHAN PERANG KE FASA BERBEZA’

WAKIL AS, ISRAEL BERTEMU BINCANG ‘PERALIHAN PERANG KE FASA BERBEZA’

WASHINGTON: Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat (AS), Jake Sullivan, bertemu Menteri Hal Ehwal Strategik Israel, Ron Dermer, semalam untuk berbincang mengenai peralihan ‘ke fasa berbeza’ perang Israel-Palestin.

Menurut sumber Rumah Putih, pertemuan itu bagi memberi ruang untuk berbincang langkah-langkah memperbaiki krisis kemanusiaan di Gaza yang dilanda perang.

Selain itu, pertemuan juga berkisar usaha yang boleh diambil untuk meminimumkan bahaya kepada orang awam.

“Peralihan ke fasa perang yang berbeza adalah untuk memaksimumkan tumpuan kepada sasaran Hamas bernilai tinggi,” kata pegawai yang enggan namanya disiarkan.

Antara perkara lain yang disentuh dalam pertemuan itu adalah mengenai tadbir urus dan keselamatan di Gaza, batas politik untuk rakyat Palestin serta meneruskan usaha menjalin hubungan dan integrasi. – AFP, BH ONLINE-

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here