Home Buletin Semasa VIDEO TULAR LELAKI TENDANG PENUNGGANG MOTOSIKAL, POLIS KESAN INDIVIDU TERLIBAT

VIDEO TULAR LELAKI TENDANG PENUNGGANG MOTOSIKAL, POLIS KESAN INDIVIDU TERLIBAT

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TUMPAT: Polis sedang mengesan individu yang terlibat dalam kejadian seorang lelaki dipercayai menendang seorang penunggang motosikal seperti yang dipaparkan dalam video tular di Facebook “Info Tumpat Loni”.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, pihaknya menerima satu laporan polis hari ini berhubung video yang memaparkan kejadian berkenaan di kawasan Pantai Sri Tujuh, Tumpat.

“Siasatan sedang dijalankan bagi mengesan individu-individu yang terlibat dalam rakaman tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Bagaimanapun, setakat kenyataan itu dikeluarkan, penunggang motosikal berkenaan masih belum membuat laporan polis.

Sehubungan itu, mangsa dan orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai rakaman asal termasuk rakaman kamera papan pemuka (dashcam) diminta tampil membantu siasatan.

Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhamad Zulazri Mohammad menerusi talian 011-11486922 atau dengan hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

Polis turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.

Siasatan akan dijalankan secara telus dan adil bagi mengenal pasti keadaan sebenar kejadian.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here