Home Hiburan UQASHA SENROSE TOLAK BABAK ROMANTIS KETERLALUAN

UQASHA SENROSE TOLAK BABAK ROMANTIS KETERLALUAN

165
0

KUALA LUMPUR: Sejak bergelar isteri dan ibu kepada si comel Hawra Uqaira yang berusia 10 bulan, aktres Uqasha Senrose, 32, malu untuk melakonkan babak romantis berlebihan bersama aktor lain.

Isteri pelakon Kamal Adli itu berkata, mungkin disebabkan sudah hampir dua tahun tidak berlakon, timbul rasa kekok. Tidak menolak sepenuhnya babak romantis, Uqasha bagaimanapun masih terima jika adegan tidak keterlaluan.

“Dengan status sebagai ibu, saya lebih selesa membawa watak keluarga. Seganlah hendak jayakan babak romantis, kalau sikit-sikit bolehlah, tetapi bukan bercinta bagai nak rak.

“Mungkin saya sudah berehat hampir dua tahun, jadi, apabila masuk set penggambaran semula ada rasa malu dan ambil masa sesuaikan diri,” katanya kepada BH Online.

Pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad itu memberitahu, dia tidak betah menerima tawaran drama bersiri dengan tempoh penggambaran panjang.

Paling lama, kata Uqasha, hanya tujuh hari kerana harus memberi keutamaan kepada anak yang masih kecil.

“Saya memang tidak ambil penggambaran panjang. Masa terluang saya banyak dihabiskan untuk anak. Jika diikutkan, tidaklah ada masa terluang kerana sibuk menjaga anak dan memasak.

“Walaupun penat, tetapi berbaloi kerana dapat tengok anak membesar depan mata,” katanya.

Uqasha atau nama sebenar, Nik Zaris Nik Sen, 33, masih belum sedia membawa Uqaira ke lokasi penggambaran kerana masih kecil.

Malah, Uqasha mengehadkan pembabitan anaknya dalam mana-mana projek membabitkan produk kerana masih kecil.

“Memang ada tawaran bersama anak, tapi saya pilih untuk hadkan kerana tak mahu anak meragam.

“Lagipun, Uqaira masih kecil lagi. Kalau setakat untuk kempen produk dan sebagainya, mungkin boleh dipertimbangkan,” katanya.

Uqasha mendirikan rumah tangga bersama Kamal Adli pada 5 November 2021. Baru-baru ini, kecoh Uqasha didakwa memfailkan perceraian terhadap Kamal, namun, dia menafikannya. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here