Home Sukan UNITED TAK CUKUP BAGUS-TEN HAG

UNITED TAK CUKUP BAGUS-TEN HAG

MANCHESTER, England: Musim Manchester United menjadi lebih parah selepas tewas 3-0 di gelanggang sendiri kepada Bournemouth ketika Liverpool merampas tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) lewat malam tadi.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Jurgen Klopp mengakui Liverpool bernasib baik apabila menang 2-1 ke atas Crystal Palace yang beraksi 10 pemain selepas kad merah terhadap Jordan Ayew pada lewat aksi mengubah arus perlawanan.

Kemenangan Liverpool pada aksi awal memberikan mereka kelebihan satu mata di depan pasukan tangga kedua Arsenal, yang mensia-siakan peluang untuk kembali ke tangga teratas apabila tewas 1-0 di tangan Aston Villa.

Musim United semakin terumbang-ambing ketika Bournemouth meraih kemenangan sulung di Old Trafford dengan penuh bergaya.

Pasukan kendalian Erik ten Hag melonjak ke tangga keenam susulan enam kemenangan dalam lapan perlawanan EPL.

Penyerang Bournemouth, Dominic Solanke (kiri) menjaringkan gol pertama menentang Manchester United pada aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Manchester lewat malam tadi. – Foto REUTERS

Namun persembahan buruk kembali menghantui pengendali dari Belanda itu yang tertekan dan menjadi tumpuan dengan mereka mungkin tersingkir di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara pada pertengahan minggu depan.

Dominic Solanke meletakkan Bournemouth di depan selepas hanya lima minit apabila dia menyempurnakan hantaran lintang Lewis Cook.

Philip Billing melonjak tinggi untuk menanduk masuk hantaran silang Marcus Tavernier pada minit ke-68 sebelum Marco Senesi memastikan kemenangan bersejarah buat anak buah Andoni Iraola.

“Saya fikir sebagai satu skuad, kami tidak cukup bagus untuk bertindak konsisten dan kami perlu mengatasinya,” kata Ten Hag.

“Sudah tentu, saya terganggu dan kecewa, amat pasti.” – AFP-BH ONLINE-

Imedikel Tv

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here