Home Buletin Semasa 100 BOTOL MINYAK HITAM PERCUMA HABIS DITUKAR

100 BOTOL MINYAK HITAM PERCUMA HABIS DITUKAR

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan I Medikel TV

KOTA BHARU: Seramai dua tenaga pengajar dan lima pelatih berkemahiran daripada Giatmara Nilampuri, telah dipilih oleh Jabatan Pembangunan Negeri Kelantan (ICU JPM) untuk memberi perkhidmatan penukaran minyak hitam percuma kepada penunggang motosikal menerusi Program Jelajah eKasih @ Kota Lama.

Seorang pengajar Giatmara, Saiful Muizuddin, berkata pihak ICU JPM menyediakan sebanyak 100 botol minyak hitam percuma untuk menjayakan perkhidmatan itu.

Pengajar Giatmara, Saiful Muizuddin, 21, menukar minyak hitam motosikal pada Program Jleajah eKasih@Kota Lama.

“100 botol minyak hitam hari ini adalah peruntukkan sepenuhnya daripada pihak ICU JPM dan pihaknya memilih Giatmara Nilampuri untuk membantu dalam menggantikan minyak hitam yang sedia ada pada 100 biji motosikal,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Program Jelajah eKasih @ Kota Lama, di sini, hari ini.

Saiful berkata, penukaran minyak hitam itu mengambil masa selama lima minit.

Pelatih Giatmara, Saifullah Azmi, 21, menukar minyak hitam motosikal pada Program Jelajah eKasih@Kota Lama.

“Bagi mereka yang ingin menukar minyak hitam, mereka perlu membeli barangan yang ada di program ini dengan minimum RM5 untuk mendapatkan kupon bagi menukar minyak hitam berkenaan.

“Setelah itu, mereka boleh bergerak ke meja pendaftaran dan pihak kami akan menukar minyak hitam pada motosikal mereka,” katanya.

Seorang Pemilik motosikal, Zulkifli Hussin, 50, dari Kota Bharu, berkata dia sudah tiga bulan tidak menukar minyak hitam pada motosikalnya.

Pemilik motosikal, Zulkifli Hussin, 21, berkata sudah tiga bulan dia tidak menukar minyak hitam pada motosikalnya.

“Saya datang ke Program Jelajah eKasih hari ini memang untuk mendapatkan servis tukar minyak hitam.

“Untuk mendapatkan kupon itu, saya sudahpun membeli kuih, dan bagi saya servis seperti ini bagus untuk orang tua kerana agar sukar untuk menukarnya sendiri melainkan servis di kedai,” katanya.

I Medikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here