Home Sukan UNITED PERINGATI CHARLTON,MENANG PENUH EMOSI

UNITED PERINGATI CHARLTON,MENANG PENUH EMOSI

LONDON: Manchester United menewaskan Sheffield United 2-1 awal pagi tadi dalam suasana pilu ketika kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengucapkan “selamat jalan” kepada legenda kelab Bobby Charlton, yang meninggal dunia semalam.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Keluarga Charlton mengumumkan pemenang Piala Dunia 1966 bersama England itu, yang menikmati karier gemilang bersama United, menghembuskan nafas terakhir pada pagi Sabtu pada usia 86 tahun.

Penghormatan mencurah-curah dari seluruh dunia bola sepak, dengan bekas pemain United dan kapten England, David Beckham menyanjung Charlton sebagai “wira negara.”

Pemain Manchester United memberi penghormatan terakhir kepada Charlton sebelum sepak mula menentang kelab tercorot Sheffield United pada perlawanan awal pagi tadi di Bramall Lane.

Ten Hag melakukan tiga pertukaran sebaik selepas sejam, memasukkan Anthony Martial, Alejandro Garnacho dan Christian Eriksen dalam usaha terdesak untuk mencari gol kemenangan.

Pemain pertahanan Manchester United, Diogo Dalot (kiri) menjaringkan gol kemenangan menentang Sheffield United di Bramall Lane, Sheffield awal pagi tadi. – Foto REUTERS

Kapten Bruno Fernandes meletakkan kalungan bunga dan gambar bekas pemain tengah menyerang itu dipaparkan di skrin gergasi, manakala peminat melaungkan nama Charlton ketika perlawanan.

Pengurus United Erik ten Hag memuji penyokong atas penghormatan mereka.

“Ia fantastik,” katanya kepada Sky Sports. “Kami perlu menyanjunginya, mengucapkan selamat tinggal, mengingati Bobby Charlton kerana apa yang beliau lakukan adalah hebat.

“Beliau cemerlang di padang dan di luar padang. Kami mahu mengingati Sir Bobby dan saya fikir kami melakukannya dengan cara yang baik.”

Pelawat mendahului pada minit ke-28 apabila Scott McTominay mendada bola sebelum merembat ke penjuru gol dari jarak 10 meter.

Namun kedudukan itu hanya bertahan enam minit bila mana Oli McBurnie menyempurnakan sepakan penalti selepas McTominay menahan bola hantaran silang James McAtee dengan tangan.

Namun pemain pertahanan Diogo Dalot mencipta detik magis pada minit ke-77 dengan percubaan cantik dari jarak jauh untuk melonjakkan United ke tangga kelapan liga.-AGENSI-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here