Home Luar Negara UNDIAN SEMULA BABITKAN 24 AHLI PARLIMEN DARI PARTI KMT BERLANGSUNG HARI INI

UNDIAN SEMULA BABITKAN 24 AHLI PARLIMEN DARI PARTI KMT BERLANGSUNG HARI INI

263
0

TAIPEI: Pengundi di Taiwan hadir di sekolah, kuil dan pusat komuniti hari ini untuk membuang undi mereka dalam undian semula yang berupaya memberi peluang kepada Presiden Lai Ching-te menguasai Parlimen.

Memetik laporan AFP menerusi Berita Harian kumpulan sivik yang disokong Parti Progresif Demokratik (DPP) pimpinan Ching-te sedang berusaha untuk menggulingkan 31 penggubal undang-undang daripada blok pembangkang utama Kuomintang (KMT) yang didakwa pro-China dan mengancam keselamatan pulau demokrasi itu.

KMT mahukan hubungan lebih erat dengan Beijing, mengawal Parlimen dengan bantuan Parti Rakyat Taiwan (TPP) dan menyelar usaha rampasan kuasa oleh DPP yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Pusat mengundi dibuka di sekitar Taiwan jam 8 pagi tadi (waktu tempatan) membabitkan undian ke atas 24 Ahli Parlimen KMT.

Sesi pengundian untuk tujuh lagi Ahli Parlimen KMT akan diadakan pada 23 Ogos.

Di ibu kota Taipei, orang ramai beratur di lorong sekolah dan kuil. AFP melihat seorang lelaki warga emas tiba di sebuah sekolah rendah dengan menaiki ambulans yang membawanya dari hospital bagi melunaskan tanggungjawab membuang undi.

Wanita berusia 71 tahun bernama Tseng memberitahu AFP, dia menentang undian semula itu, dengan alasan proses terbabit memakan kos tinggi dan kerajaan sebaliknya perlu memberi tumpuan kepada peningkatan ekonomi dan kebajikan sosial.

Kedua-dua parti utama itu mengadakan perhimpunan dalam keadaan hujan beberapa hari kebelakangan ini untuk menggesa penyokong mengambil bahagian dalam pilihan raya kritikal, yang boleh meningkatkan imbangan kuasa di Parlimen.

Semasa Ching-te memenangi Pilihan Raya Presiden pada 2024, parti DPP kehilangan majoriti dalam badan perundangan.

Sejak itu, KMT dan TPP bergabung tenaga untuk menghalang agenda Ching-te, dan mengurangkan atau membekukan sebahagian daripada bajet kerajaan. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here