Home Luar Negara PEKERJA LAPANGAN TERBANG MONTREAL MAUT DIPERCAYAI DILANGGAR PESAWAT

PEKERJA LAPANGAN TERBANG MONTREAL MAUT DIPERCAYAI DILANGGAR PESAWAT

MONTREAL: Seorang pekerja lapangan terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Montreal-Trudeau (YUL) dekat sini, meninggal dunia akibat kecederaan selepas dipercayai dilanggar sebuah pesawat di landasan, menurut pihak berkuasa lapangan terbang pada Selasa, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Memetik laporan Bernama SPutnik menerusi Harian Metro, pada lewat Isnin, CBC/Radio Canada melaporkan bahawa sebuah pesawat yang dikendalikan syarikat penerbangan Perancis French Bee dan dijadualkan berlepas ke Paris pada 6 petang ET (10 malam GMT) melanggar pekerja lapangan terbang itu ketika melakukan pergerakan mengundur.

“Pasukan ADM Aeroports de Montreal (ADM) amat berdukacita atas kehilangan seorang anggota komuniti Lapangan Terbang YUL, iaitu pekerja syarikat perkhidmatan lapangan terbang Samsic, susulan kemalangan yang berlaku ketika beliau menjalankan tugas,” menurut ADM dalam satu kenyataan media.

ADM berkata pekerja dan penumpang yang menyaksikan kemalangan itu sedang menerima bantuan, sambil menjelaskan bahawa pihaknya bekerjasama dengan agensi penguat kuasa yang menjalankan siasatan. – Bernama-Sputnik/RIA Novosti, HMetro Online –

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here