Home Buletin Semasa PENJAWAT AWAM HADIR HIMPUNAN TURUN ANWAR BERISIKO TINDAKAN DISIPLIN – PEGUAM NEGARA

PENJAWAT AWAM HADIR HIMPUNAN TURUN ANWAR BERISIKO TINDAKAN DISIPLIN – PEGUAM NEGARA

284
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

MACHANG: Penjawat awam dinasihatkan agar tidak turut serta dalam Himpunan Turun Anwar yang berlangsung di Kuala Lumpur, hari ini.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata penjawat awam yang tetap menyertai himpunan berkenaan dikira melanggar tata kelakuan serta disiplin dan boleh dikenakan tindakan yang akan diputuskan oleh ketua jabatan masing-masing.

“Penjawat awam perlu menunjukkan contoh dan tauladan yang baik kepada negara.

“Perkara ini telah disentuh oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau tidak menyekat perhimpunan itu kerana ia adalah kebebasan hak individu tetapi ianya ada batas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Santuni MADANI Satu Pemimpin Satu Kampung Jabatan Peguam Negara di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulai Chondong, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat bersedia menggerakkan kawalan ketika orang ramai mula berhimpun di beberapa lokasi dipercayai bagi menyertai perhimpunan pembangkang.

Sebanyak 16 laluan di sekitar pusat bandar raya Kuala Lumpur dijangka mengalami lencongan lalu lintas berikutan Himpunan Turun Anwar.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here