Home Politik UMNO KELANTAN TEGAS MAHU PERUBAHAN, FOKUS KESEJAHTERAAN RAKYAT

UMNO KELANTAN TEGAS MAHU PERUBAHAN, FOKUS KESEJAHTERAAN RAKYAT

481
0

Oleh: Afrizam Arif@IMedikel TV

TUMPAT: UMNO Kelantan menegaskan komitmen untuk membawa perubahan menyeluruh di negeri itu melalui pendekatan politik matang dan berpaksikan kesejahteraan rakyat, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tumpat di Dewan Utama MRSM Tumpat di sini hari ini, yang turut dihadiri oleh kepimpinan bahagian, sayap parti dan perwakilan dari seluruh negeri.

“Rakyat Kelantan berhak menikmati prasarana berkualiti, peluang ekonomi yang lestari serta dasar yang menyantuni kehendak dan nilai masyarakat,” katanya sambil menekankan UMNO sebagai parti yang mendengar denyut nadi rakyat.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tumpat 2025 di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat, di sini, semalam.

Majlis itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Datuk Ahmad Jazlan turut menekankan keperluan UMNO negeri untuk memperkukuh jentera parti, memantapkan penyelarasan bersama rakan politik serta meningkatkan keupayaan menyantuni golongan muda dan pengundi baharu menjelang pilihan raya akan datang.

Beliau menarik perhatian terhadap cabaran pembangunan di Kelantan yang menurutnya memerlukan komitmen dan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan demi memastikan kemajuan yang seimbang dan inklusif.

“UMNO bukan hanya parti politik, tetapi wadah perjuangan bangsa yang sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat. Kita harus tampil dengan idea segar, dasar berani dan semangat juang yang tidak mudah luntur,” katanya.

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tumpat merupakan antara siri mesyuarat bahagian yang berlangsung di Kelantan sepanjang Julai ini sebagai medan memperkukuh hala tuju parti serta memperkemas strategi dalam usaha memperkukuh sokongan rakyat terhadap UMNO.

Sementara itu Ahmad Jazlan juga menegaskan UMNO perlu mengekalkan perpaduan dan mengetepikan karenah peribadi sesama parti lain yang berada dalam komponen Kerajaan Perpaduan, sekiranya berhasrat untuk menambah kerusi di Kelantan.

Menurutnya UMNO mempunyai kekuatan tersendiri dan tidak mustahil mampu merampas semula kerusi yang kini dikuasai pembangkang.

“Buktinya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri baru-baru ini yang berjaya kita merampas semula kerusi dengan majoriti luar jangka, azimatnya satu (iaitu) semua dari parti komponen turun padang tanpa mengira masa, kedudukan, tenaga dan wang ringgit.

“Dalam tempoh kempen di DUN Nenggiri, kami tidak sempat berjumpa pun, tetapi masing-masing menjalankan kerja kerana tahu matlamat kami adalah untuk memastikan UMNO sebagai salah satu parti komponen Kerajaan Perpaduan menang,” katanya.

Katanya ‘signal’ (isyarat) itu perlu disampaikan betapa perpaduan perlu dikekalkan sekiranya inginkan kerajaan sekarang terus berkuasa, sekali gus disegani kawan dan lawan.

Mengikut rekod, Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggeri Barisan Nasional (BN) menerusi calonnya, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menang dengan majoriti 3,352 undi dengan memperolehi 9,091 undi, manakala calon PAS, Mohd Rizwadi Ismail mendapat 5,739 undi.

Kemenangan itu membolehkan BN yang mewakili Kerajaan Perpaduan merampas kembali DUN Nenggiri yang sebelum ini di bawah Bersatu.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here