Home Hiburan UMMI TAK SENGAJA TUTUP WAJAH BELLA PADA FOTO KELUARGA – ALIFF AZIZ

UMMI TAK SENGAJA TUTUP WAJAH BELLA PADA FOTO KELUARGA – ALIFF AZIZ

181
0

KUALA LUMPUR: Aliff Aziz menjelaskan tindakan ibu, iaitu Siti Hafizah Sheikh Mohamad menutup wajah bekas isteri, Bella Astillah pada foto keluarga seperti yang tular, baru-baru ini, sebagai tidak disengajakan.

Aliff bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

Tambahnya, dia tidak boleh masuk campur dalam isu foto keluarga yang dijadikan hiasan itu, berikutan kediaman terbabit milik ibu bapanya.

“Perkara itu rasanya tidak sesuai untuk saya kongsi. Salah satunya, rumah itu milik ummi dan ayah. Maka, terpulanglah kepada mereka untuk letak hiasan dimahukan di kediaman terbabit.

“Saya juga tidak mempertikaikan tindakan orang ramai untuk membuat apa-apa andaian dan sebagainya.

“Apa yang pasti, tindakan itu bukan disengajakan. Ketika itu, kami sedang buat ulasan makanan. Tidak sangka ada yang banyak masa untuk ‘freeze frame’ dan sebagainya.

“Seperti saya katakan, saya tidak boleh komen banyak… Itu rumah ummi dan ayah. Tetapi, saya tahu setiap orang ada pendapat terhadap perbuatan orang lain. Jadi, terpulanglah kepada mereka,” katanya ditemui di Rumah Terbuka iQIYI di sebuah ruang acara di sini, semalam.

Baru-baru ini, melalui video Instagram Story (IGs), netizen disajikan suasana keluarga Aliff menikmati kuih raya.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian warganet adalah potret keluarga yang digantung pada dinding kediaman ibu bapa Aliff itu.

Netizen mendakwa wajah Bella seolah-olah ditutup pada foto keluarga yang digantung di dinding itu.

Aliff mengaku enggan memberi komen lanjut mengenai insiden foto keluarga itu berikutan bimbang dilempar pelbagai kata hinaan.

“Kalau saya cakap macam ini, orang kata tunggang agama pula. Kalau tidak komen nanti, dikatakan hanyut dan sebagainya.

“Sekarang fokus saya adalah untuk bangkit semula. Cukuplah benda bodoh yang saya sudah buat sejak usia belasan tahun. Sekarang, saya hanya ingin perbaiki diri.

“Saya tidak mahu fikir mengenai cakap-cakap orang terhadap saya. Jika tidak, sampai bila-bila pun saya tak mampu bangkit,” katanya. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here