Home Buletin Semasa ULSER PENYEBAB KANSER LIDAH

ULSER PENYEBAB KANSER LIDAH

430
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Menderita ulser di dalam mulut sehingga berbulan-bulan lamanya menyebabkan, Abdul Rahim Mat Lazin, 48, mengambil keputusan untuk mendapatkan nasihat doktor.

Katanya dia tidak menyangka ulser tersebut adalah perkara biasa, namun rupa-rupanya dia menghidap kanser lidah tahap empat.

Punca bagaimana saya dapat kanser ni adalah daripada awalnya berpunca daripada ulser dilidah yang mana ulser tersebut tidak sembuh selama beberapa bulan sehingga saya dapati sebahagian kecil lidah saya telah tiada.

“Daripada situ timbul  kerisauan dan  saya cuba berjumpa dengan dockor di klinik swasta biasa dan doktor nasihatkan untuk saya menjalani pemeriksaan dengan lebih lanjut lagi di hospital,”katanya kepada pemberita pada Majlis Cakna Kanser 2024, di sini, baru-baru ini.

Katanya, pada awalnya di ke hospital kerajaan namun terpaksa menunggu kira-kira dua bulan untuk mendapatkan tarikh temujanji.

“Dari situ juga saya cuba usahakan cari alternatif lain yang mana saya diperkenalkan oleh kawan adik saya yang mana dia adalah bekas pesakit kanser yang pernah jalani rawatan di Institut Perubatan Pergigian Termaju (IPPT) Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang.

“Dia adalah salah satu pesakit awal yang menjalani kaedah rawatan Hybrid Barchytherapy (HyBirt). Dan di situ saya dapat tarikh temujanji dan alhamdulillah saya hanya perlu menunggu sekitar sebulan sahaja lebih awal sebulan berbanding di hospital sebelum ini.

“Jadi dari situ bermula perjalanan saya untuk mendapatkan rawatan untuk kanser lidah saya,”katanya.

Katanya dia baru sahaja menjalani rawatan HyBirt di IPPT pada akhir bulan April lalu dan sekarang hanya menjalani pemeriksaan susulan.

“Sebelum ini saya sudah menjalani kimoterapi dan radioterapi untuk kanser lidah ni sebelum saya jalani rawatan HyBirt.

“Sekarang ini saya dapat rasakan lidah saya kini kembali pulih daripada kesan kanser yang saya hadapi sebelum ini,”katanya.

Tambahnya dia kini hanya bergantung kepada susu untuk mendapatkan tenaga memandangkan dia masih tidak boleh mengambil makanan seperti biasa.

“Saya banyak bergantung kepada susu enam hingga tujuh kali sehari, 3 jam sekali. Makan saya jarang sangat makan. Saya hanya ambil susu.

“Kalau makanan masuk dalam mulut, makanan ittu berketul agak susah. Kalau nak makan bubur pastikan bubur tu betul-betul lembik dan banyak kuah. Saya jadikan macam minuman sebab tak selesa dalam mulut. Kadng-kadang saya ambil telur separuh masak, Sekarang ni saya makan oat campur susu atau nestum.

“Bagaimanapun saya rasa bersyukur kerana Allah masih bagi peluang untuk teruskan hidup walau tidak seperti dulu,”katanya.

Bagaimanapun, menurut Abdul Rahim, kesan sampingan selepas rawatan untuk kanser selain air liur menjadi pekat, mulut juga menjadi kering.

“Cuma saya akan guna pelembap dalam mulut untuk sembur dalam mulut. Sebab mulut dan lidah jadi kering, kalau awal-awal dulu air liur jadi pekat susah nak menelan.

“Sekarang ini saya kerap mengalami air liur kering, jadi saya kena sembur dalam air atau minum air,”katanya.

Menurutnya, doktor berpesan mana-mana individu yang mempunyai ulser di dalam mulut dan tidak sembuh selama dua minggu agar mendapatkan pemeriksaan lebih awal bagi mengelakkan daripada penyakit yang lebih parah iaitu kanser lidah.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here