Home Sukan TZE YONG KECUNDANG DI PUSINGAN KEDUA

TZE YONG KECUNDANG DI PUSINGAN KEDUA

267
0

KUALA LUMPUR: Hasrat bagi menyaksikan pertemuan antara dua pemain perseorangan lelaki negara di pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark tidak kesampaian selepas Ng Tze Yong tewas di pusingan kedua, awal pagi tadi.

Memetik laporan Berita Harian, Tze Yong yang membuat penampilan kedua di kejohanan berprestij itu terpaksa akur apabila tewas di tangan pemain Denmark, Anders Antonsen 22-24, 16-21 pada aksi yang berlangsung di Royal Arena.

Kemenangan itu menyaksikan Antonsen akan membuat perhitungan dengan seorang lagi pemain negara, Lee Zii Jia yang terlebih dahulu mengesahkan kemaraan ke pusingan ketiga.

Zii Jia menepati ramalan apabila menewaskan pemain Kanada, Brian Yang 21-11, 21-16 pada aksi pusingan kedua.

“Setakat ini, saya menikmati kejohanan di sini dan saya harap dapat mengekalkan momentum ini,” kata Zii Jia kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas perlawanan. –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here