Home Sukan TUCHEL TAK NYANYI LAGU KEBANGSAAN ENGLAND

TUCHEL TAK NYANYI LAGU KEBANGSAAN ENGLAND

LONDON: Pengurus England, Thomas Tuchel, berkata beliau perlu “mendapatkan” hak untuk menyanyikan lagu kebangsaan selepas mendedahkan bahawa tidak akan menyanyikan lagu itu semasa perlawanan pertama beliau sebagai pengurus.

Isu sensitif mengenai lagu kebangsaan dibangkitkan apabila Tuchel menamakan skuad England pertamanya untuk kelayakan Piala Dunia bulan ini menentang Albania dan Latvia pada Jumaat.

Pengurus berusia 51 tahun itu menjelaskan pendekatannya terhadap isu itu menjelang penampilan sulung bersama England menentang Albania di Wembley pada 21 Mac ini.

“Saya fikir, pertama sekali, anda mempunyai lagu kebangsaan yang sangat kuat, emosional dan penuh makna dan saya tidak boleh lebih berbangga untuk berada di tepi padang dan bertanggungjawab ke atas pasukan kebangsaan England.

“Ia sangat bermakna. Ia memberi makna yang besar kepada saya, saya boleh jamin, tetapi saya juga boleh merasai kerana ia begitu bermakna, begitu emosional dan begitu kuat, lagu kebangsaan ini.

“Saya perlu memperoleh hak saya untuk menyanyikannya,” katanya.

Tuchel, adalah pengurus ketiga bukan warga British mengendalikan England, mengesahkan bahawa beliau tahu lirik lagu “God Save the King”, tetapi buat masa ini beliau tidak akan menyanyikannya.

Lee Carsley, yang pernah mewakili Ireland dalam karier pemainnya, menjadi tumpuan apabila beliau menolak untuk menyanyikan lagu kebangsaan semasa tempoh sementara beliau mengendalikan England tahun lalu.

“Saya rasa ia bukan sesuatu yang boleh dianggap remeh. Anda tidak boleh begitu sahaja menyanyikannya. Itulah sebabnya saya memutuskan untuk tidak menyanyikannya dalam perlawanan pertama saya.

“Saya akan memperolehnya dengan keputusan, dengan membina sebuah pasukan. Melakukan kerja saya dengan baik dan dengan mencipta perasaan di mana mungkin suatu hari nanti anda semua berkata, ‘Sekarang tiba masanya anda menyanyikannya, ia rasa seperti anda benar-benar memperolehnya dan kini anda benar-benar seorang lelaki Inggeris’,” kata Tuchel. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here