TOKYO: Hampir 20,000 individu menandatangani petisyen dalam talian bagi membantah tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Rumah Putih yang menggunakan watak ‘manga’ serta ‘anime’ dalam hantaran di media sosial.
Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, dalam insiden terbaharu, satu video yang dimuat naik di Truth Social pada Sabtu memaparkan Trump sebagai Naruto Uzumaki daripada siri “Naruto”, sekali gus mencetuskan kemarahan dalam kalangan sebahagian peminat karya popular itu.
Sebelum ini, pada Ma lalu, satu hantaran oleh Rumah Putih didakwa menggabungkan rakaman serangan tentera AS ke atas Iran dengan klip daripada filem dan rancangan terkenal termasuk siri manga dan anime “Yu-Gi-Oh!”.
Petisyen berkenaan yang mula dilancarkan pada Mac lalu dibuka semula pada Selasa sebagai usaha segera untuk menyuarakan kebimbangan peminat ‘manga’ dan anime kepada pemegang hak cipta, menurut penganjur.
“Selama bertahun-tahun, karya-karya ini memberi inspirasi kepada penonton di seluruh dunia melalui nilai-nilai seperti keberanian, persahabatan, dan ketabahan.
“Justeru, ramai peminat bimbang apabila imej daripada karya-karya ini digunakan dalam konteks politik atau ketenteraan yang mungkin tidak selari dengan niat asal pencipta atau pemegang hak cipta,” menurut petisyen itu.-AFP, HMetro Online-
IMedikel TV






