Home Sukan TOTTENHAM RAIH KEMENANGAN PENUH EMOSI DI DEPAN HEUNG MIN

TOTTENHAM RAIH KEMENANGAN PENUH EMOSI DI DEPAN HEUNG MIN

221
0

LONDON: Tottenham mengukuhkan peluang mereka mara ke pusingan 16 Liga Juara-Juara selepas menewaskan Slavia Prague 3-0 di hadapan bekas bintang mereka, Son Heung-min, awal pagi tadi.

Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, ketika penyerang Korea Selatan itu menyaksikan dari tribune, pasukan kendalian Thomas Frank meraih kemenangan penting di utara London hasil gol sendiri David Zima pada babak pertama serta sepakan penalti Mohammed Kudus dan Xavi Simons selepas separuh masa kedua.

Didorong kemenangan penting di laman sendiri menentang Brentford dalam Liga Perdana (EPL) Sabtu lalu, Tottenham meneruskan rentak kemenangan berturut-turut di hadapan penyokong mereka sekali gus melegakan tekanan ke atas Frank selepas tempoh sukar.

Tottenham kini berada di tangga kesembilan fasa liga menjelang aksi terakhir menentang Borussia Dortmund dan Eintracht Frankfurt pada Januari, dengan lapan pasukan teratas automatik mara ke pusingan 16 manakala pasukan dari kedudukan kesembilan hingga ke-24 akan berdepan play-off.

“Sangat gembira dengan kemenangan ini. Kami berada dalam posisi kukuh untuk mara.

“Saya suka banyak aspek dalam aksi kami, tapi saya juga rasa kami boleh lebih baik pada masa depan dan lebih mengawal perlawanan, tapi kami sudah beraksi empat perlawanan dalam beberapa hari saja,” kata Frank.

Malam penuh emosi di Tottenham Hotspur Stadium apabila Son kembali bagi mengucapkan selamat tinggal secara rasmi selepas perpindahan musim panasnya ke Los Angeles FC.

Son mencatat 173 gol dalam 454 perlawanan bersama Tottenham dan memimpin kelab itu menjuarai Liga Europa menentang Manchester United musim lalu, menamatkan kemarau trofi selama 17 tahun.  AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here