Home Sukan TOTTENHAM BOLEH ‘BERMIMPI’KALI INI-POSTECOGLOU

TOTTENHAM BOLEH ‘BERMIMPI’KALI INI-POSTECOGLOU

FILE PHOTO: Soccer Football - Premier League - Tottenham Hotspur v Liverpool - Tottenham Hotspur Stadium, London, Britain - September 30, 2023 Tottenham Hotspur's Son Heung-min celebrates scoring their first goal with James Maddison, Pedro Porro, Cristian Romero and Destiny Udogie Action Images via Reuters/Peter Cziborra/File Photo

LONDON: Ange Postecoglou memberitahu penyokong Tottenham mereka boleh bermimpi selepas pasukannya melonjak lima mata di puncak carta Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama.

Pencapaian jurulatih dari Australia itu mengumpul 26 mata daripada 10 perlawanan pertama kendaliannya adalah pencapaian terbaik mana-mana pengurus baharu dalam sejarah EPL.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Tottenham menang 2-1 di Crystal Palace menerusi gol sendiri Joel Ward dan jaringan kapten Son Heung Min awal pagi tadi sebelum tuan rumah membalas satu gol menerusi Jordan Ayew pada masa kecederaan.

Sejak kali terakhir Spurs memenangi liga pada musim 1960-61, mereka tidak menikmati kelebihan sebegitu di puncak liga utama Inggeris.

“Biarkan mereka bermimpi, itulah maknanya kehidupan seorang peminat bola sepak dan boleh dikatakan, keadaan ini agak sedikit menderita,” kata Postecoglou.

Selepas perlawanan terakhir Tottenham awal pagi Selasa lalu, bekas bos Celtic itu tidak begitu berpuas hati dengan persembahan pasukannya sekalipun mereka mengalahkan Fulham 2-0.

“Kami mempamerkan disiplin dan fokus yang sebenar. Amat gembira dengan setiap usaha gigih yang dipamerkan pemain di tengah padang,” jelas Postecoglou.

“Anda tidak mungkin akan melihat corak permainan bola sepak terbuka di sini. Mereka pasukan yang teratur jadi saya sedar kami perlu bersabar. Ini satu cara berbeza buat kami untuk memenangi perlawanan.” – AFP-

-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here