LONDON: Erik ten Hag berkata skuad Manchester United menyokong Alejandro Garnacho ketika pemain sayap Argentina itu berdepan kemungkinan digantung perlawanan kerana hantaran di media sosial yang mana dia menggunakan emoji gorila.
Pemain berusia 19 tahun itu memuat naik gambar di platform X, mengenai pemain United meraikan berama penjaga gol antarabangsa Cameroon, Andre Onana selepas kemenangan 1-0 ke atas FC Copenhagen dalam Liga Juara-Juara pada pertengahan minggu, menggunakan emoji gorila.
Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Hantaran itu pantas dipadam dan Onana, yang menyelamatkan sepakan penalti pada saat akhir di old Trafford, mempertahankan rakan sepasukannya, yang dikatakannya cuba untuk melahirkan “kuasa dan kekuatan” selain menambah “perkara ini tidak patut diperbesarkan.”
Namun Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris pernah menghukum pemain sebelum ini kerana kesalahan sindiran perkauman di media sosial dan difahamkan sudah mendapat keterangan daripada Garnacho.
Bekas penyerang United, Edinson Cavani digantung tiga perlawanan dan didenda £100,000 (RM579,000) pada tahun 2020 kerana menggunakan terma Sepanyol “negrito” (orang kulit hitam) di bawah satu hantaran di Instagram.
Tahun sebelumnya Bernardo Silva digantung satu perlawanan dan didenda oleh FA kerana ciapan yang disiarkannya membandingkan rakan sepasukan Benjamin Mendy dengan satu karakter karton orang kulit hitam.
Ten Hag kelihatan tenang mengenai situasi itu pada satu sidang akhbar malam tadi.
“Tidak (bimbang mengenai penggantungan) ketika ini,” katanya. “Kami berbincang dengan FA.”
“Namun apa yang anda boleh lihat dan saya boleh sahkan dan tegaskan, kami bersama, kami United dan kami sudah melihatnya dalam hantaran Andre Onana.”
United bersiap sedia untuk berdepan kelab juara Manchester City di Old Trafford malam esok selepas merakam tiga kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan. – AFP-BH ONLINE-
Imedikel TV






