Home Buletin Semasa TITIK BERATKAN KESIHATAN DALAMAN WANITA

TITIK BERATKAN KESIHATAN DALAMAN WANITA

297
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Masih ramai masyarakat khususnya wanita tidak sedar akan pentingnya menjaga kesejahteraan dan kesihatan dalaman.

Setiausaha Persatuan Komuniti Farmasi Malaysia Kelantan, Rozaida Mohd Yunus berkata pihaknya mengambil inisiatif untuk memberi kesedaran kepada golongan wanita menerusi Program Women’s Wellness & Health Inspirational Summit 2024.

“Kita tengok orang Kelantan ini sangat tidak sedar mengenai kesihatan, mereka sedar apabila sakit dan baru nak mencari doktor.

“Saya yakin benda ini boleh dikawal daripada awal. Kalau kita sedar akan kepentingan untuk menjaga kesihatan jadi hari ini kita terpanggil untuk mengadakan persidangan untuk segelintir masyarakat,” katanya kepada pemberita ketika sidang media selepas Program Women’s Wellness & Health Inspirational Summit 2024, di sini, hari ini.

Rozaida berkata, pihaknya mendapati segelintir wanita memilih untuk tidak mendapatkan rawatan di hospital disebabkan kurang cakna tentang kesihatan dalaman.

“Kita rasa tidak ada apa yang berlaku dan tidak rasa sakit, jadi benda ini yang menyebabkan dia tidak merasakan apa-apa sedangkan benda itu secara senyap,” katanya.

Katanya, penyakit yang menjadi pembunuh secara senyap kepada wanita adalah kanser payudara, kanser serviks dan kanser usus malahan kanser paru-paru juga kerap berlaku kepada golongan lelaki.

Mengulas lanjut, pihaknya akan terus menarik lebih ramai wanita untuk menitikberat akan kesihatan dalaman.

Katanya, program berkenaan akan terus dilaksanakan secara berkala di masa akan datang.

Selain itu, Rozaida berkata seramai 150 peserta daripada ahli farmasi, guru dan usahawan yang hadir pada majlis tersebut.

“Kita akan cuba berkolaborasi dengan pihak kerajaan negeri supaya benda ini boleh dibuat secara berkala, mungkin kita buat dekat event sebesar ini dan masuk kampung untuk buat lebih dekat dengan masyarakat.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga & Wanita, Nor Asilah Mohamed Zin yang merasmikan program tersebut.

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here