Home Segmen Kesihatan TIPS MINUM AIR GULA UNTUK IBU MENGANDUNG

TIPS MINUM AIR GULA UNTUK IBU MENGANDUNG

277
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Ujian toleransi glukosa (GTT) adalah mimpi ngeri bagi kebanyakan wanita kerana mereka perlu minum air gula di klinik kesihatan semasa mengandung.

Walaupun minuman itu sangat tidak digemari ramai, namun ia dapat membantu doktor mengesan diabetes yang boleh menjejaskan kandungan.

Oleh sebab itu, sebaik sahaja usia kandungan memasuki minggu ke 24 hingga 28, ujian ini adalah penting untuk mengesan sebarang tanda diabetes gestasi, iaitu sejenis diabetes yang boleh berlaku semasa mengandung.

Diabetes gestasi boleh menyebabkan pelbagai komplikasi, seperti:

1. Kelahiran pramatang: risiko kelahiran sebelum cukup bulan.

2. Bayi besar: bayi mungkin menjadi lebih besar daripada biasa dan menyebabkan kesukaran semasa kelahiran.

3. Preeklampsia: ibu mungkin menghadapi tekanan darah tinggi yang bahaya.

4. Masalah kesihatan jangka panjang: kedua-dua ibu dan bayi mungkin mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghidap diabetes jenis 2 pada masa akan datang.

Berikut adalah beberapa langkah yang biasanya diikuti golongan ibu mengandung sebelum, semasa dan selepas minum air gula:

1. Persediaan sebelum ujian: datang awal ke klinik untuk minum air gula yang disediakan oleh klinik kesihatan kerana pada awalnya masih suam. Sebelum itu ibu mengandung perlu puasa selama 8 hingga 10 jam namun air masak sahaja dibenarkan minum dalam kuantiti yang banyak.

2. Pengambilan air gula: semasa ujian, ibu akan diminta untuk minum larutan gula (biasanya mengandungi glukosa dalam jumlah tertentu, contohnya 50g atau 100g) dalam masa yang ditetapkan.

3. Menunggu: selepas meminum larutan gula, ibu perlu menunggu di klinik atau hospital untuk tempoh tertentu, biasanya antara satu hingga tiga jam, bergantung kepada jenis ujian.

4. Pengambilan sampel darah: Sampel darah akan diambil pada beberapa interval masa untuk mengukur tahap glukosa dalam darah. Ini membantu doktor menentukan bagaimana tubuh individu itu terhadap glukosa.

5. Selepas ujian: selepas ujian selesai, ibu boleh makan dan minum seperti biasa. Pastikan bertanya kepada doktor jika perlu mengambil sebarang langkah tambahan selepas ujian.

Bagaimanapun, ibu mengandung boleh mendapatkan air gula seperti “barikel” yang mempunyai pelbagai perisa di sekitar farmasi yang berdekatan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here