Home Luar Negara 11 MAUT DALAM NAHAS BAS, TRAK DI RAS AL KHAIMAH, UAE

11 MAUT DALAM NAHAS BAS, TRAK DI RAS AL KHAIMAH, UAE

RAS AL KHAIMAH (UAE): Sekurang-kurangnya 11 orang maut apabila sebuah bas penumpang berlanggar dengan sebuah trak di Jalan Al Watan di Ras Al Khaimah, Emiriah Arab Bersatu (UAE), lapor Agensi Berita Emirates (WAM) yang memetik Kementerian Dalam Negeri.

Memetik laporan Bernama menerusi Berita Harian, Kementerian itu memaklumkan pasukan tindak balas kecemasan segera dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan, bagi menjalankan operasi menyelamat dan kecemasan dengan kerjasama perkhidmatan ambulans, Pertahanan Awam serta pihak berkuasa berkaitan, selain memastikan keselamatan kawasan berkenaan dan mengawal aliran trafik.

Kementerian itu turut memaklumkan siasatan mengenai keadaan dan punca kemalangan masih dijalankan, dengan hasil siasatan akan diumumkan sebaik sahaja selesai. – BERNAMA, BH Online –

IMedikelTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here