Home Buletin Semasa ANUGERAH MEDIA KESIHATAN 2026 IKTIRAF KARYA PENGAMAL MEDIA MALAYSIA

ANUGERAH MEDIA KESIHATAN 2026 IKTIRAF KARYA PENGAMAL MEDIA MALAYSIA

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KUALA LUMPUR: Majlis Apresiasi Media Bersama Menteri Kesihatan Tahun 2026 mencapai kemuncaknya menerusi penyampaian Anugerah Media Kesihatan 2026 kepada pengamal media yang menghasilkan laporan berkualiti dalam mengangkat isu kesihatan negara.

Anugerah berkenaan disampaikan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada majlis yang berlangsung di Hotel Impiana KLCC, di sini, hari ini.

Bagi kategori Laporan Berita Terbaik, Yasmin Ahmad daripada Astro Awani meraih tempat pertama menerusi laporan bertajuk Lebih 80 Peratus Kes Kanser Hati Dikesan Lewat, KKM Perkukuh Saringan Awal.

Tempat kedua pula disandang Amalia Azmi menerusi laporan bertajuk Food Act Amendments to Tighten Controls on Food, Labelling yang diterbitkan oleh New Straits Times.

Sementara itu, bagi kategori Rencana Terbaik, tempat pertama dimenangi oleh Nur Hafizah Tan daripada Bernama menerusi laporan bertajuk Mounjaro: Untuk Kurus atau Rawatan Perubatan.

Tempat kedua dimenangi Moo Chiew Yen menerusi rencana bertajuk Every Month, Mobile Medical Teams Traverse Mountains and Valleys to Reach Villages and Protect the Health of the Indigenous People daripada Sin Chew Daily.

Manakala tempat pertama bagi kategori Kandungan Media Sosial Terbaik, dimenangi oleh Andrea Rhiannon Edmonds daripada Free Malaysia Today dengan tajuk laporan Malaysia’s Lung Health Initiative: A Regional Model in the Making.

Tempat kedua kategori sama dimenangi oleh Fatin Nabihah Marzuki, Shafiq Hashim dan Mohd Khairil Anuar Yusof daripada Bernama menerusi laporan KKM Perkukuh Sistem Sokongan Kesihatan Mental.

Manakala bagi kategori Dokumentari Terbaik, tempat pertama disandang oleh Areesya Khalim dan Rosli Ab Rahman daripada 999 menerusi laporan Keringat Barisan Hadapan.

Tempat kedua dimenangi oleh Haseena Zol Azlan, Syaiful Adzwan Hashim Shuib dan Mohd Hafiz Mohd Rashid daripada Majalah 3, laporan bertajuk Klinik Bot Perairan Semporna.

Bagi kategori Foto Terbaik pula dimenangi oleh Liow Chien Ying daripada Sin Chew Daily menerusi laporan Every Month, Mobile Medical Team Traverse Mountains and Valleys to Reach Villages and Protect the Health of Indigenous People.

Manakala tempat kedua dengan karya Dengue: Staying Ones Step Ahead disandang oleh Mohd Asri Saifuddin Mamat daripada Bernama.

Penyampaian anugerah itu menjadi antara pengisian utama majlis berkenaan sebagai penghargaan terhadap sumbangan pengamal media dalam menyampaikan maklumat kesihatan serta meningkatkan kesedaran masyarakat.

Penganjuran Anugerah Media Kesihatan 2026 turut mencerminkan usaha Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menggalakkan penghasilan karya kewartawanan dalam bidang kesihatan yang berimpak tinggi dan mampu mendorong perubahan tingkah laku positif dalam kalangan rakyat.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here