Home Buletin Semasa SELAMATKAN MEREKA, BERSIH BANDAR KITA

SELAMATKAN MEREKA, BERSIH BANDAR KITA

306
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Pendekatan One Health menggalakkan usaha kolaboratif ramai pakar seperti pengesan penyakit, makmal, pakar perubatan dan doktor haiwan yang bekerja merentas kesihatan manusia, haiwan dan alam sekitar untuk meningkatkan kesihatan manusia dan haiwan, termasuk haiwan peliharaan, ternakan dan hidupan liar.

Doktor Veterinar Kota Bharu Veterinary Centre (KBVC), Che Azila Che Omar ketika ditemui berkata, kucing dan anjing memerlukan vaksin bagi mencegah pelbagai penyakit, bagaimanapun bagi mengawal populasi haiwan tersebut, kaedah pemandulan boleh dilakukan.

“Dengan kolaborasi Majlis Perbandaran Kota Bharu, badan-badan bukan kerajaan, doktor veterinar (baik kerajaan atau swasta), Jabatan Perhilitan Kelantan, kelab-kelab pencinta haiwan, kedai-kedai haiwan, individu dan sebagainya, maka Kempen Kesihatan Untuk Semua ini dapat dilaksanakan dengan memberi kesedaran akan pentingnya memberi vaksin kepada kucing dan vaksin anti-rabies kepada anjing jalanan.

“Dalam usaha itu, pihak MPKB – BRI turut menyediakan kupon vaksin, kupon pemandulan dengan sumbangan sebanyak 70 peratus,” katanya kepada pemberita ketika di temui di Dewan Jubli Perak, di sini, hari ini.

Jelasnya, inisiatif ini sekaligus menyokong One Health atau Kempen Kesihatan Untuk Semua yang dimainkan oleh badan-badan antarabangsa dan NGO’s seluruh dunia.

“Walaupun haiwan tersebut tidak menyebarkan penyakit berjangkit kepada manusia tetapi ia perlu dititikberatkan demi meningkatkan imuniti (daya tahan) di dalam komuniti (baik manusia dan haiwan).

“Haiwan seperti kucing dan anjing sudah dilindungi oleh antibodi semulajadi dari susu ibu selama lebih kurang 3 bulan. Selepas tempoh itu ia tidak dilindungi lagi dan akan terdedah kepada pelbagai kuman virus sekiranya tidak disuntik vaksin,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kelab Pencinta Haiwan, Wan Farah Wan Hamidi berkata Akta Kebajikan Haiwan 2015 turut menegaskan pembuangan haiwan adalah perbuatan jenayah.

“Pemilik kucing perlu bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan haiwan dan perlu tahu cara untuk menjaga dari segi perawatan kucing dan anjing bukannya buang haiwan tersebut ke tempat terbiar yang boleh menyebabkan penyakit,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here