Home Buletin Semasa MARITIM KELANTAN KESAN PERANAN ‘TONTO’ DALAM AKTIVITI PENYELUDUPAN SEMPADAN

MARITIM KELANTAN KESAN PERANAN ‘TONTO’ DALAM AKTIVITI PENYELUDUPAN SEMPADAN

Oleh: Afrizam Arif @IMedikel TV

TUMPAT: Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan mengesan kewujudan individu dipercayai bertindak sebagai ‘tonto’ yang membantu sindiket penyeludupan migran dan kontraban di kawasan sempadan negeri ini.

Pengarah Maritim Kelantan, Kepten Kamal Mohamad berkata, peranan tonto dipercayai penting dalam memberikan maklumat mengenai pergerakan pasukan penguat kuasa sebelum aktiviti penyeludupan dijalankan.

Beliau berkata, hasil tangkapan yang dilakukan sebelum ini turut menunjukkan ada individu tempatan dipercayai terlibat membantu sindiket termasuk dalam urusan pengangkutan darat.

“Kita percaya memang ada tonto yang memberikan isyarat atau maklumat kepada sindiket sama ada keadaan sesuai atau tidak untuk menjalankan aktiviti mereka.

“Kawasan sempadan terutama di Kuala Tumpat mempunyai banyak lorong laluan air dan pulau kecil yang menjadikan kawasan itu antara lokasi strategik untuk sindiket menyeludup masuk migran atau kontraban,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan rondaan dan pemantauan kawasan Hot Spot penyeludupan Pendatang Tanpa Izin (PATI), di sini, hari ini.

Namun, beliau menegaskan Maritim Malaysia akan terus mempertingkatkan rondaan, risikan dan kerjasama dengan masyarakat setempat bagi mengesan kegiatan tonto serta memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara.

IMedikelTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here