KOTA BHARU: Sengsara akibat sakit kepala kadangkala sukar diungkapkan kerana berlaku kesakitan yang berulang sehingga merosakkan aktiviti harian mereka.
Sakit kepala yang berulang boleh berlaku secara spontan atau boleh dikaitkan dengan sesuatu aktiviti yang dilakukan individu terbabit.
Menurut Shahrizal, migrain adalah sakit kepala yang menyerang secara berulang, biasanya berlaku pada sebelah kepala sahaja sebelum ia melarat ke bahagian lain di kepala.
Katanya, migrain juga menyebabkan gejala seperti pening, loya, muntah dan sensitif terhadap bunyi dan cahaya. Menurutnya, migrain juga dirasai melalui aura seperti tanda amaran yang berlaku terhadap individu sebelum individu itu merasai sakit kepala yang berulang.
Selain itu, pesakit migrain perlu berwaspada dan elak memakan makanan yang menjadi pantang larang terhadap penyakit itu. Ianya boleh mengakibatkan gejala yang teruk kepada pesakit.
Tambah Shahrizal, golongan remaja dan wanita adalah lebih cenderung untuk terkena serangan migrain lebih-lebih lagi di usia 20 hingga 30 tahun.
Katanya, pesakit migrain perlu mendapatkan rawatan di hospital sekiranya sakit kepala itu berulang secara kerap bagi mengelakkan kesan pada jangka masa panjang.
IMEDIKEL TV





