Home Luar Negara TIGA TAHUN HILANG, KARYA SENI VINCENT VAN GOGH DITEMUI SEMULA

TIGA TAHUN HILANG, KARYA SENI VINCENT VAN GOGH DITEMUI SEMULA

THE HAGUE: Memetik laporan AFP menerusi Sinar Harian, lukisan Parsonage Garden at Nuenen in Spring (1884) yang bernilai antara tiga juta euro (RM15 juta) dan enam juta euro (RM30 juta) kini disimpan oleh Arthur Brand yang mendapat julukan Indiana Jones of the Art World di kediamannya di Amsterdam.

Jurucakap unit jenayah karya seni, Richard Bronswijk berkata Brand berjaya menyelesaikan masalah itu hasil kerjasama dengan pihak berkuasa. ia adalah lukisan yang asli.

Sementara itu, brand menjelaskan lukisan di dalam beg biru Ikea itu diserahkan oleh seorang lelaki setelah dihubungi beberapa kali.

Karya seni tersebut dirompak dari Singer Laren museum berhampiran amsterdam pada 30 Mac 2020, malah kejadian itu turut mendapat liputan meluas di seluruh dunia.

Pada April 2021, pihak berkuasa menahan seorang lelaki dikenali sebagai Nils M kerana melakukan rompakan itu dan dijatuhi hukuman penjara lapan tahun.

Tertuduh juga dilaporkan merompak satu lagi karya seni agung oleh Frans Hals digelar Two Laughing Boys. -AFP, Sinar Harian Online-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here